SOALAN 1:
Berapakah kos yang diperlukan oleh saya untuk membuka sebuah Kedai
Cosway Farmasi ini dan menjana pendapatan sehingga RM 5,000.00 ke RM
10,000.00 sebulan?
JAWAPAN 1:
Kos yang diperlukan oleh
pihak Tuan/Puan ialah hanya RM 15,100.00 sahaja dan tiada langsung
kos-kos yang tersembunyi. Jika ditanya mengenai pendapatan, jumlah
pendapatan akan meningkat dan boleh mencecah sehingga RM100,000.00
melalui rangkaian perniagaan berdaftar di bawah anda.
——————————————————————————————————————————————————————————
SOALAN 2:
Adakah saya terus mengeluarkan RM 15,100.00 tersebut? Dan bagaimana pula pecahan duit itu?
JAWAPAN 2 :
TIDAK, Tuan/Puan hanya
mengeluarkan RM 5,100.00 untuk deposit permulaan. RM 100 untuk
pendaftaran dengan Cosway dan RM 5,000.00 belian barangan untuk
melayakkan anda membuka Kedai Farmasi. Tujuan belian barangan ini adalah
kerana pihak Cosway secara tak langsung menjadikan kita sebagai DUTA
produk mereka supaya kita tahu segala fungsi dan kegunaan produk dalam
kedai kita nanti. Setelah anda lulus temuduga dan menjalani latihan di
Wisma Cosway, barulah pihak Cosway akan membuka kedai farmasi kepada
anda mengikut kawasan yang anda pilih. Setelah kedai siap dibina,
barulah anda menyerahkan ‘Sekuriti Deposit’ sebanyak RM 10,000.00.
——————————————————————————————————————————————————————————
SOALAN 3:
Apakah yang dimaksudkan dengan penyerahan RM 10,000.00 sebagai sekuriti deposit?
JAWAPAN 3:
Penyerahan RM 10,000.00
sekuriti deposit kepada Cosway ialah deposit keselamatan atau cagaran
anda kepada pihak Cosway, duit anda ini tidak akan digunakan, hanya
disimpan dalam akaun Cosway. Jika suatu hari anda tidak mahu menjalankan
perniagaan kedai farmasi ini lagi, pihak Cosway akan membayar
sepenuhnya kepada anda RM 10,000.00 cagaran anda.
——————————————————————————————————————————————————————————
SOALAN 4:
Adakah perniagaan Kedai Cosway Farmasi ini dapat diwarisi oleh anak-anak atau saudara mara?
JAWAPAN 4:
Boleh, Kedai Cosway Farmasi boleh diwarisi oleh generasi sepenuhnya, dan anda boleh menjadikan sebagai perniagaan keluarga.
——————————————————————————————————————————————————————————
SOALAN 5:
Adakah suami dan isteri boleh buka bersama?
JAWAPAN 5:
Boleh, tapi hanya seorang sahaja yang dibenarkan, samada si suami atau si isteri yang membuka.
0 ulasan:
Catat Ulasan