PERCUMA KOS UBAHSUAI (RENOVATION)
** Pihak
Cosway tidak akan mengenakan sebarang caj kepada anda untuk kerja-kerja
mengubahsuai kedai Cosway Farmasi untuk anda. Rekabentuk kedai Cosway
Farmasi adalah bercirikan moden dan mengikut spesifikasi terkini untuk
keselesaan pelanggan semasa membeli belah di dalam Kedai Cosway Farmasi
anda.
PERCUMA SEWA BULANAN KEDAI
** Sebagai usahawan, perkara yang pertama
perlu difikirkan dan dititikberatkan ialah SEWA KEDAI, dengan Cosway
Farmasi, anda tidak perlu lagi memikirkan tentang sewa kedai dan
menghabiskan ribuan ringgit untuk menanggung segala kos sewa, kerana
sewa kedai untuk Cosway Farmasi anda akan ditanggung sepenuhnya oleh
pihak Cosway.
PERCUMA BAYARAN BIL BULANAN
** Disamping Cosway membayar sewa kedai
untuk anda, pihak Cosway juga akan menanggung sepenuhnya kos bayaran
bil-bil utama bulanan. Antara bil-bil yang akan ditanggung oleh pihak
Cosway ialah :
1. Bil Elektrik
2. Bil Air
3. Bil Internet
4. Lain-lain bil yang berkaitan dengan pengendalian Kedai Cosway Farmasi anda.
PERCUMA SEKURITI
** Setelah Kedai Cosway Farmasi anda siap
dibina dengan jayanya, pihak Cosway juga akan memasang CCTV lengkap
untuk memelihara dan melindungi Kedai Cosway Farmasi anda dari sebarang
kecurian, rompak, samun dan sebagainya.
PERCUMA SEGALA PERALATAN
** Cosway juga akan membekalkan pelbagai
peralatan khas untuk memudahkan kerja-kerja menguruskan Kedai Cosway
Farmasi anda seperti komputer, perabot, patisyen, ruangan pejabat,
ruangan mesyuarat, rak barangan, peralatan alatulis dan lain-lain untuk
kemudahan anda.
PERCUMA STOK BARANGAN
** Stok Barangan di dalam Kedai Cosway
Farmasi anda juga adalah semua percuma dengan nilaian barangan hampir RM
500,000.00 hingga RM 600,000.00 tanpa anda mengeluarkan satu sen pun
duit dari poket anda.
PERCUMA BAHAN-BAHAN PENGIKLANAN
** Pengiklanan adalah sangat penting untuk
memperkenalkan dan mempromosikan Kedai Cosway Farmasi anda, ini kerana,
pengiklanan akan membawa anda lebih ramai pelanggan, dan peluang untuk
anda menjana lebih pendapatan lebih tinggi lagi. Cosway akan membantu
anda dalam pelbagai keadaan bagi memastikan Kedai Cosway Farmasi anda
ramai pelanggan. Antara bantuan Cosway dalam pengiklanan ialah :
1. Papan Iklan
2. Katalog barangan
3. Bunting
4. Flyers dan Brochure
5. Leaflet produk
PERCUMA LATIHAN
** Untuk melahirkan usahawan yang
berkualiti tinggi dan berkaliber, pihak Cosway juga akan menyediakan
pelbagai program latihan keusahawanan untuk anda sebagai pemilik Kedai
Cosway Farmasi. Latihan diadakan dari masa ke semasa bagi
mengemaskinikan produk terbaru dari Cosway.
PERCUMA JURUFARMASI
** Sebagai pemilik Kedai Farmasi, sudah
tentu anda memerlukan seorang Jurufarmasi untuk farmasi anda dan perlu
membayar gaji kepada Jurufarmasi anda dengan kadar yang agak tinggi.
Tetapi, dengan Cosway Farmasi,anda tidak perlu menggajikannya, kerana
pihak cosway akan menyediakan khas untuk anda.